Friday, 28 February 2014

SAPS Semakan Ibu Bapa

SAPS Semakan Ibu Bapa - Selamat datang Admin ucapkan kepada blog penerangan mengenai SAPS Semakan Ibu Bapa.

Pengenalan:

SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah merupakan satu sistem yang dibangunkan bertujuan untuk mengumpul, menyimpan serta menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh negeri-negeri di Malaysia.

Dengan wujudnya sistem seperti ini, diharapkan ia menjadi kemudahan kepada waris, ibubapa atau penjaga untuk melihat dan muat-turun slip keputusan peperiksaan anak di bawah jagaan mereka. Hanya membuat semakan secara online sahaja dimana-mana akses internet untuk menggunakan sistem ini.

Cara-cara menggunakan perkhidmatan SAPS Semakan Ibu Bapa

Ibubapa atau penjaga perlu melalui beberapa langkah mudah seperti di bawah:

saps semakan ibu bapa

1) Layari laman sesawang rasmi SAPS di url http://sapsnkra.moe.gov.my atau http://saps.moe.gov.my (gambar paparan halaman seperti di atas)

2) Klik pada menu ibubapa seperti gambar di atas

3) Kemudian anda akan dibawa ke paparan halaman baru, (rujuk gambar di bawah)

saps semakan ibu bapa

Langkah seterusnya selepas paparan di atas keluar, sila ikuti langkah yang dikehendaki mengikut menu pilihan anda yang berkaitan.

~ Masukkan No K/P atau Sijil Lahir anak anda
~ Tandakan samada: SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH
~ Pilih TAHUN

Klik butang "Semak Laporan" untuk melihat data pepriksaan anak anda.

VIDEO Khas SAPS Semakan Ibu Bapa



Maklumat tambahan: Perhatian untuk semakan murid Sekolah Rendah, sistem ini hanya menyediakan semakan untuk murid darjah 3 dan ke atas sahaja manakala bagi Sekolah Menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan, Tingkatan 2 dan ke atas.

Dimaklumkan juga bahawa Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) akan ditutup buat semetara waktu kepada semua pengguna sekiranya terdapat kerja-kerja penyelenggaraan teknikal seperti kemaskini sistem jika diperlukan.

Waktu untuk melayari website dan menggunakan sistem ini tiada batasan waktu. Oleh yang demikian diharapkan anda bersabar sekiranya terdapat sebarang kesulitan yang anda lalui semasa menggunakan sistem ini.

Semoga maklumat di atas mengenai SAPS Semakan Ibu Bapa berguna dan dapat membantu anda untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak anda dari semasa ke semasa.